Wednesday, June 10, 2009

Sejarah Sekolah-SMKP


Sekolah Menengah Pertang ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1965. Beberapa tokoh telah terlibat secara langsung dalam penubuhan, di antaranya ialah En.Cheng Lai Sai. Pada peringkat awal cadangan tapak sekolah ini ialah di Pekan Simpang Pertang, namun begitu ia dipindahkan ke Pekan Pertang yang lebih sesuai dan strategik.

Pada mulanya sekolah ini menumpang bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pertang iaitu pada waktu petang. Bagunan sekolah ini digunakan pada tahun 1975 di atas tanah seluas 15 ekar. Manakala bangunan tambahan lain mula dibina pada tahun 1980 dan 1990 iaitu Blok B dan Blok D.

Pada tahun 1990 juga Sekolah Menengah Pertang mula mengadakan kelas-kelas bagi Tingkatan 4 dan 5. Pada masa ini juga nama sekolah ini ditukar daripada Sekolah Menengah Rendah Pertang kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Pertang. Sekolah ini terus mengorak langkah untuk setanding dengan sekolah lain, maka pada tahun 1998 aliran sains telah diperkenalkan. Pelajar perintis untuk aliran sains ialah seramai 8 orang pelajar. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan dan kondusif maka sebuah bangunan tiga tingkat dibina dan dijangka siap pada penghujung tahun 1998. Ia akan menempatkan bengkel, Pusat sumber dan lain-lain kemudahan pembelajaran.

1 comment:

  1. 50 an hour, as a result of the home finish for the casino shall be greater (you may have much less chance of hitting the 우리카지노 royal)

    ReplyDelete